Tuesday, June 29, 2010

Permainan Tradisional













V.S.









Permainan melayu seperti congkak,gasing,batu seremban,chapteh dan banyak lagi kian pupus. Ini disebebkan dengan kedatangan permainan moden yang lebih canggih dan boleh dibawa ke mana-mana.:D


Dengan itu, banyak sekolah merancang untuk membuat sebuah program berkaitan dengan budaya melayu seperti permainan tradisional. Cara begini mampu untuk lebih memperkenalkan cara,asal dan jadinya beberapa permainan tradisional kepada pelajar-pelajar zaman kini. Selain itu ia dapat memberitahu pelajar perbezaan keadaan dan kehidupan zaman dahulu dengan hanya melihat permainan yang mereka main.
Permainan melayu merupakan permainan yang sihat kerana ia mengeluarkan peluh dan boleh dimain oleh sesiapa tidak kira usia dan memerlukan tempat dan keadaan yang sesuai. Kini pelajar-pelajar lebih gemar bermain permainan elektronic kerana ia tidak perlu mengeluarkan peluh dan sebagainya. Namun mereka tidak pedulikan akan keburukkan bermain permainan sebergini higga menjadi taksub dan akan menjejaskan kesihatan diri.



Kita boleh berkumpul sesama kawan untuk bermain bersama permainan tradisional seperti permainan wau jika kita ada masa lapang. Dengan berbuat begini, kita telah menghabiskan waktu lapang kita dengan cara yang sihat dan menyeronokkan. Ianya lebih baik dari bermain dengan permainan elektronik kerana ia mampu merosakkan mata kita. Bukan itu sahaja, permainan kini juga lebih mahal manakala dahulu murah dan mengunakan bahan sumber dari alam sekitar seperti pokok. Walaupun permainain zaman kini lebih canggih dan menarik, permainan tradisional tetap menjadi pilihan ramai kerana ia lebih mesra alam.







PEMENANG !!!