Sunday, July 4, 2010

Busana

Busana adalah pakaian yang lengkap dan dipakai oleh kita setiap hari. Antaranya adalah seperti baju kurung, kebaya dan sebagainya.


Seperti didalam gambar ini, ia itu baju kurung juga antara busana yang sering di pakai terutama oleh muslimin. Baju kurung dipakai hampir setiap hari dan tidak kira waktu dan tempat untuk memakainya. Kainnya yang selesa, longgar, membuat si pemakai selesa memakainya. Antara kain yang terkenal untuk membuat baju kurung adalah kain sutra.



Walaupun baju di dalam gambar ini kelihatan ringkas dan boleh dipakai di mana-mana sahaja, ramai yang tidak tahu kemeja ini juga merupakan busana. kemeja ini merupakan kemeja yang amat ringkas tetapi juga segak dan boleh dipakai untuk ke pejabat dan membeli-belah.



Kebaya,antara satu lagi busana yang terkenal bagi orang melayu dan baba. Ia berlainan sedikit dengan baju kurung kerana ia tadak selonggar baju kurung dan kain yang digunakan juga agak berbeza. Ia tidak selalu dipakai kerana rekaannya agak formal. Tetapi, pada waktu dahulu, wanita-wanita sering memakainya, tetapi sayangnya, kini jarang kita lihat mereka memakai baju kebaya, mereka lebih selesa memakai baju kurung.



Selendang, yang digunakan sebagai tudung di dalam gambar ini. Ia terkenal dan di pakai oleh mulimin kerana ia menutup aurat. Tetapi ramai yang berfikiran bahawa selendang hanya wajar dipakai oleh orag islam. Sayangnya, itu salah sekali. kita dapat lihat ramai orang bukan islam juga memakainya sebagai perhisan pada bajunya. terdapat banyak cara yang kita boleh buat dengan selendang.


Songkok, yang dipakai oleh kaum adam, merupakan salah satu busana juga. Songkok dipakai ketika hendak ke masjid, di hari raya dan sebagainya, juga ketika solat. Songkok terkenal oleh orang melayu, musliman.




Baju kurung lelaki bercekak musang adalah agak serupa dengan baju kurung wanita hanya kelainannya adalah rekaannya untuk wanita dan lelaki yang khas. Ia juga longgar dan selesa dipakai. Bagi lelaki, meraka memakai baju kurung bercekak musang bersama kain pelekat. Ada banyak cara yang boleh dpakai dan cara memakainya seperti di dalam gambar ini. Tetapi ada juga yang tidak gemar memakainya.




Kita dapat lihat ada bermacam-macam jenis busana dari busana moden, busana traditional dan bermacam lagi. Busana tidak semestinya hanya pakaian tetapi songkok juga adalah busana. Kita juga ada busana dari bermacam bangsa dan negeri tetapi, saya hanya memberi tahu beberapa busana yang terkenal dengan kita, orang melayu. :D

No comments:

Post a Comment