Monday, July 26, 2010

Kuda Kepang :D

Permainan kuda kepang adalah sejenis tarian pahlawan berkuda. Permainan, jaga boleh dikenali sebagai tarian kuda kepang,memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang dimana mereka akan dipisahkan ke dalam 4 kumpulan. Mereka kemdian akan diberi tugasan masing-masing seperti: 9 orang penari, 5 orang pemain muzik, 2 orang yang bertindak sebagai " bomoh pemulih" dan yang terakhir sekali adalah dalam bilangan 9-15 orang! Ia menarik dan mudah bukan? Ingin tahu seberapa sedikit bagaimana ia dimainkan?







Kuda kepang selalunya dipersembahkan di tempat yang terbuka kerana ia lapang!Dikatakan, "tok bomoh" akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberiken tenaga kepada kuda-kuda tersebut. Mereka akan menggunakan telur mentah,bunga,rumput dan air untuk persembahan.Memang anih. Semestinya kita tidak perlu mempercayainya 100 peratus.MENARIK><>

Kuda-kuda akan menarik mengikut rentak lagu. Mereka diizinkan untuk menari mengikut gerak-geri yang mereka sukai.Mereka akan menari selama 2jam dan jika keadaan menjadi liar dan tidak terkawal, pengawal-pengawal akan merebahkan mereka ke lantai dan tok bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.


1 comment:

  1. Kamu tulis - Ingin tahu seberapa sedikit bagaimana ia dimainkan?
    sepatutnya - serba sedikit

    ReplyDelete