Kita juga ada zapin.Zapin termasuk tarian dan lagu zapin. Pada zaman dahulu, hanya kaum adam sahaja yang menari tarian zapin menyikut iramanya. Pada hari ini, berbeza sekali. wanita juga menari tarian zapin. Ia sebenarnya hanya dipersembahkan ketika upacara untuk persembahan 'exclusive' tetapi kini, tidak bergitu lagi. Kini ia merupakan sumber persembahan melayu.Ketika mereka menri, mereka dikelilingi oleh alat-alat seperti gambus, accordion, rebabmarwas, rebena dan sebagainya
seperti di dalm ktiga-tiga gambar di atas, ia menunjunkkan beberapa cara untuk menari tarian zapin. Menarikkan?
EH? Tarian apa ini? Ada sesiapa yang dapat teka? Tentulah tarian dondang sayang.... tetapi apakah itu tarian dondang sayang?
Dondang sayang juga sama seperti muzik tradisional yang lain. Walaupun ia muzik, tetapi ia juga ada tariannya yang tertentu. Cuba bayangkan jika kita menari tarian zapin tetapi dengan lagu dondang sayang, hummm, pasti kelakar bukan. Disebabkan itulah setiap muzik tradisional mempunyai tariannya yang tersendiri.
Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada :seorang pemain biola, dua pemain rebana dan satu pemain gong kecil. Biasanya pemain biola adalah ketua kumpulan kerana ia memainkan peranan utama dalam dondang sayang. Muzik dondang sayang adalah perlahan dan biasnya lagu tersebut terdiri daripada 32 bar.
Ini adalah alat-alt yang digunakan.
Sebenarnya ada bermcam-macam lagi jenis-jenis muzik tradiaional. tetapi setakat ini sahaja yang akan saya bincangkan.
peralatan apakah ini? Bunyinya dan bentuknya sama seperti 'xylophone'........... Ini mesti angklung, ya angklung!
Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh. Ia lazimnya terdiri daripada 2 hingga 4 tiub yang diikat pada rangka yng dikenali sebagai 'ancak'. Ia biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Walaupun ia tidak dipukul, ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik berlaga ketika digetarkan. Ia mempunyai panjang yang berbeza agar bunyinya berbeza juga dan dipotong 1/3 pda bahagian atas.
Akhir sekali, kita akan berjumpa dengan satu lagi peralatan.....
Eh, apakah agaknya ini? bentuknya anih sekali. Bagaimanakah i dimainkan?
Peralatan didalam gambar di atas bernama kulintang. Kulintang adalah alat muzik yang diperbuat dari kayu di beberapa daerah lain. Tetapi, di Singapura, kebanyakkannya diperbuat dari besi seperti didalam gambar di atas. Bunyinya juga agak berbeza. Ia mempunyai barisan 5 hingga 6 gong kecil. Ia juga agak serupa seperti angklung tetapi hanya bunyinya yang membezakan mereka. Ingin lihat Kulintang yang diperbuat dari pada kayu?
No comments:
Post a Comment